Nuffnang

Sunday, November 14, 2010

Betul ke Skandal bekas DYMM permaisuri agong ni ?


Skandal bekas DYMM Permaisuri Agong, Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman dikatakan terbongkar apabila uncle Seeker, seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai 'pencari hantu' sebelum ini, namun penipuannya terbongkar apabila semua bukti kewujudan hantu yang didakwanya hanyalah rekaannya sendiri.

Pihak MiLo SuaM sengaja untuk tidak memberikan link blog Uncle Seeker, bagi mengelakkan pembaca terus ke blog beliau memandangkan banyak lagi pendedahan yang dilihat begitu memalukan. Uncle Seekers di dalam siri pendedahannya mendedahkan pelbagai kisah sepanjang hubungannya dengan bekas 1st lady Malaysia itu.

Uncle Seekers di dalam blognya mendedahkan tentang hubungan rapatnya dengan bekas permaisuri agong. Uncle seeker juga mendedahkan bahawa bekas permaisuri tergila-gilakannya, malah sering kali menelefonnya pada setiap malam. Uncle Seekers juga mendakwa di dalam tulisannya bahawa bekas permaisuri agong selalu mencium tangan dan pipinya. Di bawah ini beberapa gambar uncle seekers dan mantan permaisuri agong yang diambil dari blognya.








Source: Skandal bekas DYMM permaisuri agong terbongkar - MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/11/skandal-bekas-dymm-permaisuri-agong.html#ixzz15KmUMY4S

Kalaulah PRK Hulu Selangor PKR menang...

Akhirnya Zaid Keluar PKR

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Datuk Zaid Ibrahim akhirnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) — sebagaimana telah dijangkakan ramai sebelum ini, seminggu selepas mengumumkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

sib baik PRK hulu selangor pkr kalah... klu memang lagi sakit hati Zaid lompat jadi bebas... ingatlah Allah lebih maha mengetahui apa yg tidak kita ketahui...

Friday, November 12, 2010

Nabil Bercium


Gambar panas nabil Bercium...apalah artis zaman sekarang ni... mcm2 hal... lu pikir lah sendiri nabil oooiiiiii ...

pic from http://www.ieyra.com/

Alhamdulillah Dr Faizal telah berjaya di tangkap


Assalamu'alaikum,

By the time entry ini disiarkan, mungkin dah ramai pengguna myJodoh yang kena tipu dengan invididu yang mengaku sebagai Dr Faizal. Mungkin dia akan berdiam diri sebentar, tapi dah tentu dia akan muncul semula di mana-mana di tempat lain di internet. Justeru, posting ini dibuat di blogspot dan disebarkan ke group tertentu untuk peringatan umum.


Matlamat Penipuan:
- Ambik duit tabung haji mangsa dan juga barangan lain.

Risiko:
- Wanita bujang berusia 35 ke atas.
- Guru / Pensyarah

Modus Operandi:
- Mengaku sebagai Dr Faizal Iskandar Bin Abdul Ghani, umur 38-40 tahun.
- Mengaku dapat PhD dari Edinburgh
- Mengaku sedang mengajar di UPSI.
- Mengaku sebagai anak angkat menteri besar johor.
- Mengaku pulang ke Malaysia untuk mencari pasangan hidup.
- Mengaku mangsa adalah antara ramai-ramai calon yang dipilih oleh keluarga.
- Berjanji akan menghantar rombongan meminang.
- Berjumpa dengan keluarga mangsa.
- Akan melangsaikan semua hutang bank mangsa selepas kahwin dan bawa mangsa ke luar negara.
- Akan meminjam notebook, telefon bimbit .. dll
- Selalu dihubungi oleh Datin semasa mangsa "dating" (mungkin bukan datin pun)
- Datin akan menghadiahkan kereta kepada mangsa semasa bertunang.
- Akan pergi umrah selepas kahwin.
- Meminta mangsa membuka akaun Bank Islam (link dengan Tabung Haji)
- Mintak kad bank Islam untuk urusan tertentu. Memulangkan semula, tapi bukan kad mangsa.
- Akan memberikan kad kredit pendua kepada mangsa, senang nak beli barang hantaran/kahwin.
- Mintak nombor PIN untuk didaftarkan ke kad kredit baru. Mangsa akan diminta memberikan nombor PIN bank Islam supaya mudah ingat. (Melalui telefon)
- Keluarkan duit tabung haji mangsa.

Laporan Polis
- Setakat yang saya tahu ada dua laporan polis dari pengguna myJodoh yang telah dibuat ke atas pengguna ini. Salah seorang yang di atas berkata, semasa laporan dibuat, beliau bukan kes pertama atau kedua atau ketiga.

Emel-emel digunakan
- dr_faiz71@yahoo.com
- faidaiskandar26@yahoo.com
- mohamadradzi35@yahoo.com

Gambar
Tiada. Sesiapa yang ada, sila emel saya untuk diletakkan di sini.

Nombor telefon terakhir
- 0129130116

Profile myJodoh
- http://www.myjodoh.net/?mod=user_show&id=165931

Ip Terkakhir di myJodoh
- 120.141.9.21 (P1WMax) pada 2010-10-28 10:16:39

Komen Saya
Modus operandi yang disenaraikan di atas adalah yang terkini. Saya percaya sebelum ini modus operandi beliau lain. Saya dapat maklumat dari rakan internet, sebelum ini beliau cenderung sebagai counselor di laman web tertentu. Tidak mustahil modus operandi akan berubah.

Kepada yang 'terkena' sila buat laporan polis dan maklumkan kepada saya (melalui blog ni pun boleh, emel pun boleh)

Kepada yang prihatin, mungkin boleh sebarkan maklumat ini di blog, FB, emel, egroup masing-masing sebagai peringatan.

Terima kasih.

Tuesday, November 9, 2010

Gelang AC Mizal, Harga RM 78.00 Tapi Jual RM1000 ?

Gelang AC Mizal, Fakta Atau Auta?


gelang ac mizal penipu

Perhatian: Entri ini sekadar untuk informasi anda semua. Kami tak dapat sahihkan kebenarannya info yang diambil daripada blog Aidid Muadib. Tepuk dada tanya selera. Baca dulu dan buatlah keputusan anda sendiri. Sekadar untuk maklumat.

AC Mizal. Siapa yang tak kenal dengan AC Mizal sila angkat tangan. Bakal bergelar Datuk AC Mizal tidak lama lagi, nampaknya perniagaan gelang AC Mizal semakin lama semakin laris. Makin ramai yang masuk dan dengar ceritanya makin ramai yang kaya dengan perniagaan MLM AC Mizal ini. Yang pastinya sudah tentu AC Mizal yang terpaling kaya. Siap dah boleh pakai kereta Bentley lagi.

Namun persoalannya, betul ke tak betul perniagaan gelang AC Mizal ini? Atau sebenarnya ianya satu MLM yang dibuat untuk menghancurkan orang Melayu kita sendiri (sebabnya orang Melayu je yang ramai masuk MLM si AC ini). Kini anda tak perlu rungsing lagi kerana segala persoalan itu telah dibongkarkan oleh saudara Aidid Muaddib. Ini sedikit fakta atau auta yang kami ambil dari blog Aidid Muaddib.

Fakta atau Auta 1: Gelang AC Mizal yang dijual dengan harga RM1,000 adalah produk yang sama gelang Hottime Jewellery berharga USD25 (RM100). (sila tengok gambar)

gelang ac mizal

Fakta atau Auta 2: Penipuan testimonial dengan meng”copy-paste” dari website-website mat salleh yang lain dan diletakkan ke Facebook Page Gelang AC Mizal (tengok tempat yang berwarna merah)

gelang ac mizal

gelang ac mizal

Banyak lagi testimonial-testimonial yang dicopy paste dari website-website mat salleh lain yang kemudiannya digunakan oleh pihak AC Mizal untuk menunjukkan keberkesanan produknya. Kami tak kisah sangat bab testimonial tue tapi kami kisah bab harga yang ditapau oleh AC Mizal. Kalau betullah harga kos gelang tersebut ialah USD25 dan dijual dengan RM1,000. Korang bayangkan berapa peratus punya keuntungan diambil? Itu yang boleh bagi untung jual sampai RM500 tue.

gelang ac mizal

Tepuk dada tanya selera. Dari info yang kami baca, sememangnya kami terasa ada sesuatu yang sedang berlaku di Konsortium AC Mizal ini. Kami bukannya nak menjatuhkan AC Mizal. Cuma ini sebagai satu peringatan dan langkah berjaga-jaga kepada mereka yang tergila-gilakan MLM. Check dulu before masuk mana-mana MLM.

Kesemua info ini diambil daripada blog Aidid Muaddib. So kami tak dapat nak buktikan kebenarannya. Nak tau lagi lanjut pasal gelang AC MIzal boleh baca blog dia.

BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu

BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu


KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.


LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

Sunday, November 7, 2010

Kekasih Gelap Isteri



SEREMBAN: Hampir saban hari dia melihat isterinya berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) tapi menganggap ia perkara biasa pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Namun, situasi yang dianggap biasa itu menjadi ‘racun’ dalam rumah tangga Johan, 40-an, apabila isterinya rupa-rupanya menjalin hubungan sulit dengan lelaki Afrika.
Lebih menyedihkan kakitangan kerajaan itu, ‘selera’ isterinya sangat pelik apabila mudah terpengaruh dengan ayat manis dan bentuk fizikal ‘Awang Hitam’.

Wanita berusia lingkungan 40-an yang mempunyai perniagaan sendiri itu dikatakan dua kali terpedaya dengan janji manis dua lelaki Afrika untuk sehidup semati hingga sanggup melakukan apa saja, termasuk menggadai barang kemas.


Malah, pasangan berkenaan pernah bercerai gara-gara penangan asmara lelaki Afrika pertama sebelum diberi peluang kedua oleh suaminya.



Namun, wanita berkenaan tidak serik dan menjalin percintaan dengan lelaki Afrika lain, dipercayai rakan kepada kekasih pertamanya.

Perkara itu dibongkar Johan ketika ditemui wartawan Metro Ahad di satu lokasi di Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Johan, dia mula menyedari perubahan sikap isterinya pada pertengahan Jun tahun lalu.

“Mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, namun semakin hari dia semakin pelik. Bila terima panggilan telefon, dia berlari dan bercakap jauh daripada saya dan anak.

“Malah, dia (isteri) dilihat sering bermain SMS dan kerap termenung seorang diri,” katanya yang dikurniakan lima anak hasil perkahwinan dengan isterinya sejak 20 tahun lalu.

Menceritakan lanjut mengenai kisah malang menimpa keluarganya, Johan berkata, isterinya dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki Afrika yang belajar di kolej swasta di sekitar Nilai.

Katanya, perkenalan itu berlaku selepas isterinya bertemu lelaki berkenaan atas urusan kerja di rumah warga Afrika itu di Nilai dan mereka dipercayai bertukar-tukar nombor telefon.

“Sejak itu, lelaki warga Afrika berkenaan menggoda isteri saya melalui SMS sebelum mereka disyaki menjalin hubungan cinta selepas beberapa lama pertemuan itu.

“Rahsia isteri terbongkar selepas saya berjaya menghidu perbuatannya beberapa hari sebelum Aidilfitri tahun lalu. Dia mengaku keluar berjumpa lelaki Afrika terbabit, menyebabkan kami bertengkar. Saya cuba mempertahankan rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun namun gagal, menyebabkan kami bercerai hujung tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Johan berkata, isterinya mula menunjukkan perubahan sikap membuatkan hatinya terbuka untuk menerima semula isterinya sebagai teman hidup selain demi masa depan anaknya dan mereka berkahwin kali kedua Jun lalu selepas lelaki Afrika itu pulang ke negara asalnya.

Menurutnya, isterinya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada lima anaknya.

“Bagaimanapun, janjinya hanya bertahan kira-kira tiga bulan apabila dia sekali lagi terpedaya dengan cinta palsu seorang lelaki warga Afrika, dipercayai rakan kepada teman lelakinya sebelum itu.

“Saya syak dia (lelaki Afrika itu) seolah-olah menyerahkan isteri saya kepada rakannya selepas pulang ke negara asal,” katanya.

Johan berkata, lelaki warga Afrika terbabit yang petah berkata-kata itu mendakwa dirinya ahli perniagaan dan seolah-olah ingin mempergunakan isterinya untuk kesenangan hidupnya.

Katanya, daripada apa yang dia tahu, isterinya sanggup menggadai barang kemas dipercayai untuk membantu lelaki terbabit.

“Yang menyedihkan saya, isteri sekali lagi mengulangi perangai lama dan keluar dengan lelaki Afrika terbabit tanpa diketahui tujuan. Malah, adiknya pernah terserempak isteri saya jalan beriringan dengan lelaki Afrika itu di bandar ini.

“Rumah tangga saya sekali lagi bergolak dan isteri saban hari menuntut supaya dia diceraikan, dipercayai selepas terpedaya dengan cinta palsu lelaki Afrika itu. Sehingga sekarang saya masih cuba mempertahankan rumah tangga demi anak.

“Saya mendedahkan perkara ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa atau membuka pekung di dada, namun sekadar ingatan kepada golongan wanita, terutama berstatus isteri orang, supaya tidak mudah cair dengan cinta palsu lelaki Afrika yang ingin mempergunakan diri untuk kesenangan mereka,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Johan membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika itu yang memporak-perandakan keluarganya.

Thursday, November 4, 2010

Tahniah BN menang di Batu Sapi & Galas

Hehehe Telah ku jangkakan Keputusan tersebut.. atas Faktor duit tolak tepi.. cuma yg nyatanya di kawasan pendalaman dan taraf pendidikan dan pemikiran pengundi di sana mmg Memihak kepada BN..itu hakikat yg perlu kita terima..

Wednesday, November 3, 2010

Video TG Nik Aziz Di Maki Oleh Orang Umno

Tonton dan pikirlah sendiri... Ada ke orang Islam Sembah Kaabah?.. Kaabah Sebagai Kiblat.. Yg di sembah adalah Allah SWT.







Isu 'kafirkan' Umno: Berita Harian mengaku ralat

heheh Tau pun takut kena saman.... pastu ralat tulis kecik je.... ishhhh kena ajar cukup berita hairan ni.. klu tak sampai bila diorg ni x sedar


Akhbar Berita Harian hari ini membuat pembetulan berhubung laporan yang memetik ucapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang mendakwa tokoh DAP Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah pilihan raya kecil di Gua Musang.

Dalam pembetulan yang disiarkan dalam akhbar itu hari ini, pada muka surat 8, pengarangnya berkata laporan mereka "bukan merujuk kepada penasihat DAP" itu.

"Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam ceramahnya, DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam di peti undi Kampung Baru Ulu, Gua Musang seperti disiarkan Berita Harian semalam, bukan merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Kesilapan dikesali - Pengarang," pemberitahuan itu dipetik.

Semalam Lim mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan Berita Harian dan Mohd Ali berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan itu dalam satu ceramah di sebuah ceramah di Sungai Terah, Gua Musang.

Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini merup
akan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.

"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan Kesedar seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," kata Lim pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Kisah Menarik Di PRK Galas & Batu Sapi

PERKASA buat laporan polis terhadap Nik Aziz
Salhan K Ahmad | Nov 3, 10 3:11pm
PERKASA sedang membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh naib ketua wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di balai polis Gua Musang.

Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 minit tadi dan masih berada di dalam.

Difahamkan, bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.

PAS: Nik Aziz beri wang zakat tapi dituduh rasuah
Salhan K Ahmad | Nov 3, 10 11:29am

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

NONEKatanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya.


SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah
Aidila Razak | Nov 2, 10 4:46pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

abdul aziz yusof spr by election bukit gantang selambau 120209 06“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”

batu sapi bn vote buying photo 3 giving moneyMalaysiakini sebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”

batu sapi bn vote buying photo 4 singing nameKebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.

Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.

Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.

batu sapi bn vote buying photo 7 lining up“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawan Malaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.

[Baca berita penuh]

Ratusan beratur di panas terik untuk dapat RM100
Joseph Sipalan | Nov 3, 10 3:14pm

Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.

NONEBarisan itu bergerak agak perlahan dan ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.

Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.

"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.

Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada lagi wang untuk diagihkan.

Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.

Namun masih ada orang ramai yang berkeliaran sekitar pejabat MCA itu mengharapkan keputusan itu ditukar semula.

Tuesday, November 2, 2010

Pelajar IPTA di Kulim Kantoi Dalam Kereta Kancil

Sepasang kekasih berusia 20 tahun ditangkap khalwat kerana berdua-duaan dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tempat letak kereta di tol Lunas kira-kira jam 2.30 pagi. Pasangan itu pada mulanya di tahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang membuat rondaan dan kemudiannya memaklumkan perlakuan tidak sopan pasangan itu kepada PADK.




“PADK menerima aduan dari JPJ kira-kira jam 2 pagi. Ketika pemeriksaan dibuat oleh JPJ terhadap pasangan itu, mereka dikatakan sedang melakukan perbuatan tidak sopan dalam kereta. Pasangan perempuan pula didapati tidak memakai pakaian dalam. Selain itu, tingkap kereta mereka juga ditutup dengan kain supaya orang luar tidak dapat melihat apa yang sedang mereka lakukan.


"Salah seorang dari mereka merupakan penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Kulim. Selain itu mereka juga mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram".


Pasangan kekasih itu kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 setiap seorang, atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Pasangan itu kemudiannya dibebaskan setelah membayar wang jamin diri RM1,000 setiap seorang.

Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan

Nombor telefon baru 11 digit mulai bulan depan

http://4.bp.blogspot.com/_qKrMWYaQ-V4/SyovxA3jlXI/AAAAAAAABRQ/ybB-4o6JGKA/s400/handphone.jpg

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkenalkan format baru nombor telefon mudah alih dengan 11 digit berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pengarah Jabatan Perancangan Nombor, Norizan Ghazali berkata, format baru itu akan menggunakan struktur 3+8 berbanding 3+7 sedia ada dan semua penyedia perkhidmatan akan menggunakan awalan '011', sebagai contoh 011 1234 5678.

"Struktur sedia ada yang melibatkan 31 juta nombor tidak perlu berpindah kepada format baru 3+8 memandangkan kedua-duanya wujud seiring selepas penawarannya,'' katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai format baru nombor telefon itu di sini semalam.

Katanya, format baru itu dijangka menyelesaikan kapasiti yang tidak mencukupi struktur 3+7 sedia ada serta menggalakkan penyertaan baru yang merupakan antara perancangan jangka panjang MCMC.

"Awalan perkongsian baru '011' mampu menampung 900 juta nombor jika diperlukan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada atau yang baru,'' katanya. - Bernama

Senyum Pagi Rabu

Dapo jighan den molotop !/ Dapur jiran Saya Meletup


http://n9kini.com/wp-content/uploads/2010/08/mercun.jpg


Dapo jighan den molotop !

Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”

Translate

Mak ngan abah aku xda kat rumah. Pegi toreh getah kat kebun getah. Tinggal aku, nenek dan adik aku yg umur lapan tahun je kat rumah.

tetibe je dapur rumah jiran aku meletup!! Gedebabooo!! Belangga & kuali terhumban ( terjatuh) dkt pintu pagar. Nenek aku yg masa tu tengah kerjakan isi kekabu (untuk buat bantal kot) terperanjat, habis biji kekabu tu dia terajang. Pastu biji kekabu yg dekat tangan dia , dia masukkanya ke dalam mulut… lepas tu, aku & nenek aku bekejar ke dapur rumah jiran tu untk menolong. Makkk aiiiii!! Bapak besar api tuh!

Tapi apekan daya, jgnkan tolong nak padam, nak dekat pon x boleh. Panas nak mamposs..! tak nak tolong kang.. jiran, tapi kalau tolong kang aku lak yg cedera. Aku & adik aku pun x berani jadi kitorang tolong tengok jela sampai api tu padam…huhu~ jiran aku tu x taulah ape citer. Kalau hidup, adalah.. X lama pas tu jiran aku pon balik. Rupa2nya dia pegi sawah tengok anak dia tangkap ikan. Puas lah aku cuba terangkan kat dia yg dapur dia terbakar, tapi dia buat bodoh je….. suka betul dia anak dia dapat ikan besarr punye!! Jawab hati kecil ku.

Hampeh tol! Aku pon balik la umah.. pas tu aku dgr jiran aku meraung….. baru perasan latuh! Agak2 masa dia nak masak ikan kat dapor kot, baru dia perasan yg dapur dia dh hangus…. Kang kalau dia dtg ngadu kat umah aku, mau je aku belasah smp pengsan. Padehal dah puas aku cuba terangkan.. hampeh2….

Itulah cerita sederhana ngeri yg aku penah tengok. Tapi itu pon dah lame giler.. Masa aku kecik2 dulu. Tu pon nenek aku yg citer.

Kalau nenek aku citer tipu, aku pun tipu lah sama kat korang sume…

Monday, November 1, 2010

JPN keluarkan MyKAD untuk Pengundi hantu ?

Sijil Kelahiran pun boleh dikeluarkan.. apatah lagi MyKAd.. kemudian mykad di serah kepada hantu untuk mengundi...


http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/11/kakitangan-jpn-disyaki-subahat-jual.html

RM2100 Lesap di pukau di Bank

http://3.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/TM9GI-iS6LI/AAAAAAAAT8U/xFZT8KTu6W4/s1600/ne_07.1.jpg

SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100 selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di Seksyen 14 di sini Khamis lalu.

Gambar:
RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai kopiah putih menuju ke belakang mangsa sebelum disyaki melarikan RM2,100 di sebuah bank di Shah Alam, Khamis lalu.

Ketika kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan wang sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya.

Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu.

Mangsa selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut.

“Beberapa minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai dilarikan oleh suspek,”