Nuffnang

Thursday, August 26, 2010

Teo Nie Ching VS Rosmah

Klu sebab tak tutup aurat...sedia maklum lah Teo Nie Ching bukan muslimah... Tapi yang lagi satu tu.... pikir sendiri lahhh


Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa lawatan 'kontroversinya' ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.

"Lawatan ke surau Al Huda adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa lawatan kecil ini dipermain-mainkan," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini Teo menjelaskan hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar surau berkenaan, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan rumah ibadat itu.

Beliau juga mendakwa tidak tidak menyentuh langsung soal politik sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kebanyakkan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.

Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.


http://1.bp.blogspot.com/_5DG5dbLi3h8/THk-R8hOG-I/AAAAAAAAKSM/7dK9VrIaaSI/s400/babi.jpg
ROSMAH bersalaman dengan tetamu pada majlis ceramah agama yang disampaikan Datuk Dr Fatma Az-Zahra di Masjid Ku Sulong, Kuala Ibai, semalam. - Bernama

"SAYA meluangkan masa selama tiga jam belajar tafsir al-Quran dan mendengar ceramah di rumah setiap Khamis bagi membina kekuatan dan menghadapi tohmahan serta fitnah terhadap kami (keluarga)," kata Datin Seri Rosmah Mansor

Katanya, sebagai isteri Timbalan Perdana Menteri beliau tidak terlepas daripada fitnah dan tohmahan, manakala tindakannya sering dipolitikkan oleh pembangkang yang sentiasa berusaha mencari kesalahan dan kelemahan mereka sekeluarga.

Malah beliau turut dilabel sebagai 'queen control' kerana sering mengikut suaminya ke majlis rasmi sama ada dalam atau luar negara.

"Saya tak faham macam mana dia orang boleh buat andaian sebegitu sedangkan tak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga saya. Sebagai isteri saya memang bertanggungjawab beri nasihat dan tegur kalau ada yang tak kena, itu saja.

"Kalau saya buat kebaikan tiada pula dia orang nak tulis. Sebenarnya sama saja dengan isteri lain, kalau ke majlis memanglah saya temankan sebab suami saya dan permintaan Datuk Seri Najib (Razak) sendiri," katanya selepas ceramah agama yang disampaikan Datuk Dr Fatma Az-Zahra di Masjid Ku Sulong, Kuala Ibai, semalam.

Hadir sama, Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad dan isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Norliza Mahmud.

Rosmah berkata, sebagai isteri pemimpin negara, beliau mempunyai tanggungjawab kepada rakyat dan semua pengorbanan dibuat demi kepentingan mereka.

"Kalau ada yang kata saya buat untuk dapat nama, itu tidak betul kerana sebagai isteri pemimpin, saya bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat... saya pun tidak hairan dengan fitnah kerana saya dapat banyak pahala melaluinya," katanya.

Wednesday, August 25, 2010

Siapa Dapat Selamatkan Puteri Umno Ini!

Siapa Dapat Selamatkan Puteri Umno Ini!
Seorang gadis beragama Islam sangat berbangga bergambar dengan arak.
Berada di Rum Jungle pada hari yang mulia hari Jumaat.
Ramai yang menasihati Puteri Umno ini tetapi dibalas dengan cacian dan makian.
Bagaimana untuk kita selamatkan gadis ini?
Ajaran siapakah yang mempengaruhi gadis bernama samaran Ann Syikiro?
:Author Faethal




Description: cid:5.926992844@web76901.mail.sg1.yahoo.com
Description: http://3.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TGWNhVQuk9I/AAAAAAAAEnU/MiX_xQc8plU/s1600/1.1.jpg

Description: http://2.bp.blogspot.com/_e6yqD3noOkA/TGWNh8THa4I/AAAAAAAAEnc/ngsGrO3n0-c/s1600/2.jpg

Thursday, August 19, 2010

Guan Eng 'diserang' semasa ke majlis buka puasa

Ni mesti orang kuat umno punya korje ni... bukan aku yg kaborkan ye.. ce kamu tengok.. dema org utusan nulis.. pembangkang... di PUlau Pinang Pembangkang adalah BN, klu orang yang menyerang tu melayu.. udah sah ler demo orang UMNO tak kan gerakan atau mca pulak...



Guan Eng 'diserang' semasa ke majlis buka puasa

PULAU PINANG 19 Ogos - Semalam, kenderaan yang dinaiki Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) diserang seorang lelaki dipercayai ahli pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan cara kepimpinannya.

Dalam kejadian pada pukul 7.35 petang itu, kenderaan dinaiki beliau baru sahaja membelok masuk ke kawasan Masjid Kampung Rawa dari Jalan Patani ke Lintang Kampung Rawa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di masjid berkenaan.

Lelaki terbabit yang sebelum itu bersama seorang rakannya mengangkat kadbod tertulis Save Lot 21, 22 For Muslim Cemetery untuk menarik perhatian Guan Eng, tiba-tiba dikatakan melompat ke bonet kereta dinaiki beliau.

Dia kemudian meletakkan kadbod itu pada cermin kereta berkenaan.

Tulisan tersebut dikatakan merujuk kepada permintaan tanah di sebelah Masjid Jamek Jelutong yang dimohon kepada kerajaan negeri untuk dijadikan tanah perkuburan Islam

Semasa kejadian berlaku hanya ada pasukan daripada Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di situ dan tindakan pantas mereka menarik lelaki berkenaan berjaya menyelamatkan keadaan.

Ketua Menteri kemudian menikmati jamuan di pekarangan luar masjid bersama kira-kira 60 penduduk kawasan termasuk Ahli Jawatankuasa masjid dan kakitangan pusat khidmat DAP Sungai Pinang.

dari utusan meloya

Tuesday, August 17, 2010

Laporan Polis Terhadap Pen. Pengetua Rasis

Sunday, August 15, 2010

produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
Air Ikan Haruan- (YG NI TAK DE BRAND MCM MANA PENGGUNA NAK TAU BOLEH MAKAN KE TAK???)

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG

Wednesday, August 11, 2010

Peminat Nabil Ugut Tony Pua ???

http://media1.malaysiakini.com/279/fa1ed2c4dca773aebc24e1768065bf66.jpg

Beng Hock' Note

pelik ni..ketika kejadian orang ni nak kawin x lama lagi.. GF pun prgnant.. mustahil x de apa2 note untuk org yang tersayang.. kemudian ezam bukan dari pakatan ketika itu..Pakatan Rakyat di tubuhkan selepas PRU2008 yg mana ezam telah keluar dari PKN (PKR).. dah lah tu siap inform cam tau2 je orang ramai akan memperkatakan surat ini telah di rancang hehe

_____________________________________________________________________


My fellow Malaysians,

I am writing this note to absolve the Malaysian Anti-Corruption Commission of any involvement in my death on July 16, 2009. This is something I’m doing at my own initiative. Nobody asked me to write it. And it would be ridiculous for anyone to think that I was tortured to do it.

I am placing this note in my bag in the hope that it will be found by the investigating officers. If it is sent for verification, I hope it will be concluded that this is in my handwriting. I hope no one will think that this note was planted.

It is likely that when someone finds it, they might not understand what it’s about because it’s written in Chinese, and they might just chuck it aside. But I hope in time it will be brought to light. I suppose it won’t matter if the note becomes public knowledge even a year later, as long as it serves the cause of justice.

People might think it suspicious that an important piece of evidence like this should surface so long after, but I hope they will understand that any mysterious death must have its twists and turns. Otherwise, it won’t be a mystery any more.

People often think that real life cannot have the kinds of complications they see in soap operas, but they should realise that truth can sometimes be stranger than fiction.

There may be an inquest held after my death to find out what actually happened. I hope this note will clear the air and put to rest all the speculation that would have arisen over it.

I’m sorry if the Attorney-General’s office is going to be caught in a bind when this note is found. Because it will seem to many sceptics that it was fabricated and planted.


I hope the AG will be prudent enough to inform the lawyers involved in the inquest about my note and even let them have a look at it beforehand, instead of suddenly springing it on them at the inquest.

Being very careful and thorough in carrying out its procedures, the AG’s office will probably send the note for verification by the relevant department. But this could take some time.

When the document examiners come back with their report, the AG himself might not even be convinced that the note is genuine. He might still need to talk to whoever found the note in order to be satisfied that it is genuine. I hope he will do this quickly, because if he sits on it too long, people might wonder why. Besides, if the AG is not convinced, he would surely not tender this note as evidence at the inquest.

However, it is not easy to keep a piece of evidence in total secret. Information about this note might somehow leak out, and Ezam Mohd Noor, who used to be with us in Pakatan Rakyat but decided to return to Umno, might bring it up in the Senate. This would then exert undue pressure on the AG’s office to decide what to do next.

To deflect accusations that it is trying to suppress or withhold evidence, the AG’s office might then bring the matter up at the inquest and direct the person who found this note to explain in court how he found it.

Of course, it might seem odd then that this note should be revealed so long after the AG’s office received it, and that it should be so suddenly introduced at the inquest. Speculation will spread that the AG is siding the MACC and helping it to clear itself of what happened to me. People would ask why the AG did not seek clarification from the person who found the note much earlier, and once and for all decide whether it was genuine.

It will not look good. Especially since a few other things might have happened in the inquest to suggest that there are attempts at a cover-up. I can’t tell the future but perhaps some forensic expert from somewhere might conduct an exhumation of my remains and conclude that I did not kill myself.

And if this person were to testify at the inquest that this was so, people might start to think that the AG’s introduction of my note was being aimed at debunking the expert’s testimony. The timing would look suspicious.

This matter of my death could really get out of hand. Some people might even think the government is also behind the fabrication of this note even though that would be a bit far-fetched. And of course, they would also wonder how Ezam managed to find out about this note.

I hope the AG will be prudent enough to inform the lawyers involved in the inquest about my note and even let them have a look at it beforehand, instead of suddenly springing it on them at the inquest. My intention in writing this note is for things to be done properly. If they are not, that would defeat its purpose.

It would be ironic if this note turned out to make the AG’s office and the MACC look bad.

Sincerely,

Teoh Beng Hock

sumber dari sini

Tuesday, August 10, 2010

Perutusan Ramadhan Al-Mubarak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

Perutusan Ramadhan Al-Mubarak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang

http://3.bp.blogspot.com/_gT_Hq1mwiGk/SNC4qxXNyAI/AAAAAAAAAbk/AOf2QIBYV8Y/s400/Tok+guru+Lm.bmp



Saya ingin berdoakan agar keberkatan dan kesucian bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun 1431 Hijrah ini dapat dihalusi dan dinikmati semua berdasarkan perkongsian, pengorbanan dan sumbangan kepada masyarakat.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang akan terus berusaha mendirikan kerajaan berjiwa rakyat dengan berteraskan prinsip 3P – Perkayakan Rakyat, Perkuasakan Rakyat dan Perkasakan Rakyat- dan urus tadbir kerajaan Cekap, Telus dan Akauntabel (CAT). Prinsip integriti dan kebenaran adalah penting dalam pentadbiran negara.

Kerajaan yang baik dan bersih akan dapat jimatkan wang untuk dikongsi bersama rakyat. Ini boleh dilihat buat pertama kalinya semua warga emas yang melebihi 60 tahun telahpun menerima RM 100 setiap tahun dan waris akan menerima buat pertama kalinya RM1,000 untuk urusan jenazah. Di samping itu, Pulau Pinang merupakan negeri pertama di Malaysia yang berjaya basmikan miskin tegar pada 2009.

Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, saya memberi jaminan bahawa amalan CAT akan dilaksanakan tanpa pilih kasih bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri diteruskan dengan tiga teras pembangunan ekonomi yang digariskan iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi (pro-growth), mewujudkan peluang pekerjaan (pro-jobs) dan menjamin keadilan sosio-ekonomi (pro-poor).

Di bulan yang mulia ini juga, saya mengambil semangat Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan ini untuk menyeru rakyat negeri Pulau Pinang agar mengelakkan fitnah walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza. Tindakan aibkan orang atau meniup sentimen perkauman berdasarkan pembohongan dan berita palsu memang kelaziman tidak sihat yang masih dimainkan. Contohnya dakwaan Perarakan Maulud diharamkan diulang-ulangi sungguhpun berjalan seperti dulu kala dan dengan lebih meriah. Ataupun demonstrasi ke atas dakwaan palsu Bazar Ramadan di Komtar diharamkan oleh sipenganjur yang telah kutip wang sewa daripada peniaga tetapi tidak serahkannya kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang(PDC).

Kerajaan negeri sedia menerima cabaran ini dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fithnah. Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin orang Islam, dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar.

Akhirnya, marilah kita menjauhi segala laranganNya bagi mendapatkan puasa yang sempurna sejajar sabda Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak, bulan rahmat yang penuh keberkatan.

Amal Makhruf Nahi Mungkar.

LIM GUAN ENG

Saturday, August 7, 2010

Awang Selamat: Mahfuz paling menjijikkan, PAS paling dayus

Awang Selamat atau Bawang selamat ni baru bangun tidur agaknya.. Si CSL perlekehkan Tentang Pas / Umno dan Islam... mana suara UMNO.... suara DAP je setakat ini yg kedengaran.... Then nak muafakat dengan UMNO ape keronjangnya...

__________________________________________________________________

Awang Selamat menyifatkan naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai pemimpin yang 'angkuh dan paling menjijikkan' kerana didakwanya suka menghina orang Islam.

PAS pula didakwanya sebagai parti yang 'paling dayus' meskipun menggunakan nama Islam kerana menolak permuafakatan dengan Umno tetapi sanggup bekerjasama dengan DAP

"Pedulikan golongan seperti itu, yang suatu hari akan menangis keinsaatan kerana merekalah sebenarnya yang mengkhianati perjuangan Islam," tulis Awang Selamat dalam ruangan Bisik-Bisik Mingguan dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Awang Selamat juga hairan mengapa ramai pengimpin PAS menolak idea permuafakatan dengan Umno "kononnya kerana parti itu kurang Islam dan meletakkan banyak syarat".

"Anehnya PAS tidak menetapkan sebarang batasan kepada DAP dalam kerjasama mereka, malah asyik tunduk kepada parti tersebut yang secara terbuka menentang gagasan negara Islam.

"Pada Awang PAS menjadi parti paling dayus meskipun menggunakan nama Islam.

"Paling menjijikkan apabila ada pemimpin angkuh seperti Mahfuz Omar yang suka menghina orang Islam," tulis Awang Selamat lagi.

Sebaliknya, Awang Selamat mendakwa Umno terlebih dahulu merintis kerjasama dengan parti-parti kaum dan agama lain berdekad-dekad lebih awal berbanding PAS yang didakwanya "yang baru setahun jagung".

"Umno konsisten memerangi ekstremisme agama dan menjadi pelindung terbaik kepada penganut agama lain," tulisnya lagi.

Wednesday, August 4, 2010

20 PATI Afghanistan lari. ( Polis Tak Jaga ke?)

20 PATI Afghanistan lari. ( Polis Tak Jaga ke?)
Ohhh lupa Polis telah di kerahkan untuk menjaga Orang membawa lilin. Bahaya tu oooo bawak lilin boleh menyebabkan kebakaran pada bangunan dan mencetuskan pemanasan global...Warga Afgan apa barang..Tak bahaya mana pun

http://media1.malaysiakini.com/276/4199f7f230c5e222273c379b3f2c07f6.JPG http://media1.malaysiakini.com/276/8f75cc4d941d625f4981c95de2981566.jpg

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0802/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Bolos lagi! Apa sebenarnya yang berlaku terhadap sistem kawalan keselamatan di Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Pada Jun lalu, semua 88 anggota dan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di depot tahanan itu ditukarkan serta-merta berikutan kejadian 16 mangsa pemerdagangan manusia dari Afghanistan dan Myanmar berjaya meloloskan diri.

Tidak sampai dua bulan selepas anggota dan pegawai baru ditugaskan di depot tahanan itu yang turut dipertingkatkan sistem kawalan keselamatannya, kejadian yang sama berlaku lagi pagi ini apabila 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Afghanistan melarikan diri.

Tuesday, August 3, 2010

Hantu menggangu Najib yang tak Tidur Malam