Nuffnang

Wednesday, June 30, 2010

Gambar Panas Ariel & Luna

Atas permintaan orang ramai yg asyikbertanyakan perihal gambar Ariel & Luna, untuk tidak menghampakan... aku upload jugalah buat tatapan korang... tetapi awas aku tak bertanggung jawab kalau korang nak sebarkan.. tanggung sendiri ye..










































Wednesday, June 23, 2010

ARIEL akhirnya disahkan “pelakon” video lucah


JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.

Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portal detikhot.com hari ini.

Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.

“Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya.

Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.

Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).

Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.

Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.

Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini.

Monday, June 14, 2010

Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan

Mapley ni nyanyuk ke nyamuk ni... suka - suka anak tekak dia cakap org cina suka berjudi..
suka-suka cakap menentang judi itu adalah untuk kepentingan politik.. islam mengajak kearah kebaikan... jadi bantahan dari DAP adalah untuk membawa kearah kebaikan.. xkan itu pun x bleh pikir ... ayoo mapley...

________________________________________________________________


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.

"Bantahan itu politik, bukan kerana Islam. Takkan DAP dokong Islam. Ini politik pembangkang, (sengaja) hendak cari isu," katanya.

Katanya, masyakarat hendaklah mengakui sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya yang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu.

Sunday, June 13, 2010

[GOSIP] VIDEO MESUM MIRIP ARIEL & CUT TARI

Belum reda isu panas video porno mirip Ariel dan Luna Maya, kini kembali beredar video mesum seorang pria mirip Ariel dengan wanita mirip Cut Tari. Dalam video berukuran 50,9 MB itu tampak orang mirip Ariel dan Cut Tari tengah bergumul di atas ranjang.

'Cut Tari', mengenakan dress hijau kebiruan dengan dalaman tank top hitam tengah telunkup di atas ranjang. Perempuan yang wajahnya sangat mirip dengan presenter Insert ini kemudian membuka dress-nya sehingga tinggal tank top hitamnya saja. Tak berapa lama kemudian, laki-laki yang mirip Ariel datang menghampiri dan mereka pun bercumbu.

Bila dilihat kasat mata, rekaman video yang beredar di forum online dan situs Youtube ini jauh lebih bersih dari video mesum 'Ariel-Luna'. Diduga, adegan diambil menggunakan kamera yang lebih canggih ketimbang kamera ponsel seperti di video 'Ariel-Luna'. Pun durasinya lebih panjang, sekira 8.45 menit. Dari metadata, terlihat video diambil pada 18 November 2006 pukul 18.18 WIB.

Peredaran video ini kembali membuat publik terbelalak. Bila di video mesum 'Ariel-Luna', terlihat perempuan mirip Luna terdapat tato pada paha kiri atas berupa bunga (disebut juga kupu-kupu), pada video 'Ariel-Cut Tari' si perempuan mengenakan cincin di jari manis tangan kiri dan juga tangan kanan. Sementara, laki-laki mirip Ariel tampak jelas mengenakan jam tangan berwarna hitam di tangan kiri. Apakah ini benar Ariel dan Cut Tari, atau hanya mirip? Sejauh ini, baik Ariel maupun Cut Tari belum dapat dikonfirmasi.

Saturday, June 12, 2010

Radhi Mat Din sebagai 'ikon' Bantah Judi Bola

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

radhi mat dinTampil dalam gaya kasual - berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang - Radhi mengimbau kembali bagaimana 'runtuhnya' kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

"Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an.

Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

Ajak Dr M, Pak Lah berdemo

Berkongsi pentas bersama Mursyudul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Radhi menyuarakan kebimbanganya terhadap kemerosotan mutu bola sepak negara secara lebih serius.

"Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak," katanya.

Dalam ceramah di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Radhi membuat 'pendedahan' yang mengejutkan sebahagian penyokong yang hadir.

"Sebenarnya judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan.

"Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi," katanya.

pas ceramah kota bharuKatanya, jika usaha bagi meluluskan pemberian lesen judi tidak dihalang, apa bakal ditonton bukanlah permainan bola sepak sebenar tetapi hanyalah "lakonan permainan bola", katanya.

Radhi juga menyeru dua bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdulah Ahmad Badawi supaya turut serta dalam perhimpunan di Istana Negara pada 3 Julai depan bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berjanji akan menarik lebih ramai lagi rakan-rakan saya yang pernah terlibat dengan bola sepak untuk sama-sama menyokong Gerakan Rakyat Membantah Judi ini.

"Ini penting bagi mempastikan judi bola ini akan dimansuhkan oleh pihak kerajaan," tambahnya.

Friday, June 11, 2010

Karpal Singh Bukan Loyar Buruk

Tulah.. ingat Karpal singh ni Loyar Buruk ke... atau fresh graduate lawyer.??? yang tak tau undang-undang...

"Pasal dia terlampau 'loyar buruk'"
"Arhh.. encik jangan susah. Saya 'motobot' aje encik, tak pakai layar" - Do Re Mi





Karpal dibebas daripada tuduhan menghasut

Ahli parlimen veteran DAP, Karpal Singh hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan menghasut selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie.

Karpal menghadapi tuduhan menghasut berhubung kandungan sidang akhbarnya pada 6 Februari 2009, di mana beliau berkata tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Sultan Perak atas peranannya dalam krisis perlembagaan negeri tersebut pada 2009.

Jual susu badan

Jual susu badan

LONDON: Jika sesetengah ibu terpaksa berikhtiar untuk meningkatkan kandungan susu bagi bayinya, berlainan pula keadaan Toni Ebdon.

USAHAWAN LUAR BIASA...Toni menggunakan kemudahan Internet untuk  memasarkan susu badannya.
USAHAWAN LUAR BIASA...Toni menggunakan kemudahan Internet untuk memasarkan susu badannya.
Apabila Toni bersalin baru-baru ini, dia mendapati susunya terlalu banyak sehingga mencetuskan idea untuk membotolkannya dan menjual produk itu secara komersial di Internet.


Katanya, dia mendapat ilham memasarkan susu badannya selepas seorang rakan bergurau menyuruhnya membuka pusat penghasilan susu besar-besaran.


“Walaupun ia sekadar gurauan, saya menerimanya dan mula menawarkan susu di Internet,” katanya.


Tiga bulan kemudian, Toni menjual 850 gram susunya dengan harga kira RM72.47 bagi botol 237 mililiter.


Kata Toni, 26, walaupun ia tidak begitu lumayan, dia bercadang terus menjual susunya sehingga ia habis.


Toni mengalami fenomena luar biasa itu selepas melahirkan anak lelakinya, David, Mac lalu.


“Selepas bersalin, buah dada saya mengeluarkan terlalu banyak susu sehingga ia menyebabkan rasa sakit dan berat.


“Mula-mula saya gunakan pam untuk mengeluarkan susu berlebihan dan menyimpannya dalam peti sejuk sebelum mengiklankannya di laman web,” katanya.


Pada peringkat awal, katanya, dia menjangka hanya golongan ibu yang kekurangan susu berminat kepada susu badannya.


Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila turut menerima e-mel daripada pelanggan lelaki tetapi dia tidak tahu mengapa mereka berminat kepada susunya.

“Saya tak berminat bertanya banyak soalan peribadi dan semua komunikasi berlaku melalui e-mel.


“Apabila bersetuju, saya bertemu mereka untuk menyerahkan susu,” katanya.


Dalam keadaan biasa, susu itu boleh diminum terus atau disimpan dalam peti sejuk sehingga sebulan.


Sementara itu, kebanyakan lelaki berkata, mereka meminum susu wanita untuk mengekalkan kecergasan dan menjauhi penyakit.

Kajian menunjukkan susu badan boleh menjadi penawar pelbagai penyakit, termasuk kanser dan diabetes Ketika ini, kata Toni, dia sukar memenuhi tempahan kerana sambutan diterima amat menggalakkan.


“Untuk menghasilkan 28 gram susu, saya terpaksa memerahnya selama 15 minit sehingga satu jam,” katanya. - Agensi

Wednesday, June 9, 2010

Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

Tuesday, June 8, 2010

Pembantu kesihatan curi pakaian dalam wanita

Adoiii yaaaa pembantu kesihatan ni sihat ke tak sihat ni... abis anak dara di dungun dan marang punya pakaian di rembat....

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/100608163301.jpg

KUALA TERENGGANU 8 Jun - Seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai penagih pil kuda di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang hari ini benar-benar mengejutkan anggota polis yang menyerbu rumahnya.

Ini kerana dalam serbuan 'Ops Tapis' kira-kira pukul 2.45 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Marang menemui kira-kira 400 seluar dalam wanita terpakai pelbagai jenama dan saiz termasuk 10 helai coli.

Lelaki itu yang berusia 39 tahun bekerja sebagai pembantu kesihatan di sebuah klinik kesihatan di Marang, masih belum berkahwin dan tinggal seorang diri di rumah milik keluarganya.

Lebih mengejutkan, polis yang memeriksa lelaki itu mendapati dia memakai seluar dalam wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, polis menahan suspek kerana sebelum ini dia merupakan penagih pil kuda.

"Suspek pernah terlibat dalam dua kes dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini dalam proses pendakwaan.

"Saringan air kencing yang dijalankan hari ini juga menunjukkan dia positif mengambil dadah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, polis menemui ratusan seluar dalam di dalam almari lelaki itu dan ini menimbulkan kehairanan kerana suspek tinggal seorang diri dan masih bujang.

"Setelah disoal siasat, dia akhirnya mengaku mencuri sebahagian seluar dalam wanita berkenaan dari ampaian di kawasan perumahan tempat dia tinggal semasa bertugas di Dungun dan Marang.

"Suspek yang dilihat normal turut mengaku suka memakai seluar dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah lagi," jelasnya.

Monday, June 7, 2010

Model baru Proton ke ni?
















Perkahwinan Pasangan Pembawa Virus HIV

Allhamdulillah... Semoga Sinar kebahagian menjadi milik mereka... amin...


JOHOR BAHRU: “Hari ini menjadi detik penuh bermakna bagi kami kerana bukan saja impian membina mahligai tercapai, malah sudah tiba masa untuk berterus-terang dengan keluarga kami sebenarnya pembawa virus HIV selepas hampir empat tahun menyimpan rahsia itu,” kata raja sehari, Mohd Shah Khalid, 34, semalam.

PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis  perkahwinan mereka, semalam.
PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis perkahwinan mereka, semalam.
Dia yang berasal dari Batu Pahat di sini, berkata, biarpun berita berkenaan memberi kejutan kepada kedua-dua keluarga, namun mereka tetap memberi restu dan meraikan majlis itu bersama isteri, Nik Aslishaz Mustapha, 33, di Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan di Jalan Wijaya, Taman Abad di sini, semalam.

Menurutnya, seperti pasangan mempelai normal lain, dia dan isteri juga mengimpikan kehidupan bahagia sepanjang hayat dan mereka kini lebih berfikiran terbuka menghadapi sebarang cabaran bagi melaksanakan tanggungjawab suami isteri.

“Sebelum ini, saya mahupun isteri yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan terpaksa merahsiakan perkara itu kerana bimbang menyinggung perasaan keluarga selain menimbulkan masalah tidak diingini.

“Saya mula menghidap virus berkenaan sejak empat tahun lalu akibat terbabit dalam penagihan dadah manakala isteri pula disahkan menghidapi virus berkenaan akibat jangkitan daripada bekas suaminya yang sudah meninggal dunia.

“Pada awalnya, saya hampir putus asa selepas disahkan menghidapi virus berkenaan dan menjangka mungkin terpaksa membujang seumur hidup tanpa menikmati kebahagiaan kehidupan berumah tangga.

“Namun, kini saya sedar bahawa hidup, mati, rezeki dan jodoh adalah ketentuan Allah,” katanya,

Menyingkap detik perkenalannya bersama suami, bekas janda anak tiga itu berkata, hubungan percintaan mereka mula berputik apabila bertemu suaminya yang juga penyelaras Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan dalam satu program amal dan selepas bertukar nombor telefon, mereka sering berhubung bagi bertanya khabar.
Menurutnya, tidak dijangka, perkenalan kurang setahun itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin dan berterima kasih kepada semua tetamu memberi sokongan moral.

“Biarpun bergantung kepada ubat-ubatan bagi mengelak jangkitan, saya dan suami bercadang untuk aktif menjalankan lebih banyak program amal dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai virus HIV.

“Kami juga berhasrat mengikis stigma masyarakat mengenai pembawa virus HIV dalam kalangan masyarakat,” katanya yang menerima mas kahwin RM22.50 serta sebentuk cincin daripada suaminya.

Mempelai berkenaan turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan Pengurus Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan, K Rasasoran.

Fatwa tanda-tanda hari kiamat makin dekat

Bengong betul ler... camne bleh jadi menteri ni... klu dah bodoh sorang2.. duk diam2 lah xyah ajak orang lain jadi bodoh sama... nak jadi barua vincent tan wat pe... Judi x kira lah ada lesen atau tak.. tetap haram.... ini sekadar nak mengkayakan lagi tokey judi...

______________________________________________________________

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

"Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.

Beliau berkata langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.

"Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long," katanya.

Bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika Piala Dunia, Hishammuddin berkata beliau telah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Koh Hong Sun membantu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Kita harap pihak yang berkenaan juga dapat memberi pandangan bagi membantu kementerian menyelesaikan isu perjudian haram ini, katanya.

Awal tahun ini kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan.

- Bernama

Astro Papar Gambar Lucah Pada Kanak-Kanak


Astro Papar Gambar Lucah Pada Kanak-Kanak

Posted on Monday, June 07 @ 01:24:25 PDT by wakjeng

Oleh Azmi

Tanpa kita sedari, beribu-ribu kanak-kanak di Malaysia berkemungkinan telah didedahkan dengan gambar lucah. Astro baru-baru ini menyiarkan rancangan animasi “The Detective Conan” pada setiap malam hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 setengah malam. Pada penghujung rancangan tersebut, ketika lagu penutup dimainkan, terdapat imej wanita bogel yang dipaparkan selama lebih kurang 5 saat.



(Gambar-gambar ini diambil dari youtube. Namun ia adalah imej yang sama dipaparkan di Astro)

Saya hanya menyedarinya pada hari Rabu, 5 Jun 2010, dan ianya terus ditayang pada hari-hari berikutnya, Khamis dan Jumaat. Apa yang disesalkan adalah aduan telah dibuat kepada “Customer Service” dan juga pegawai yang bertanggungjawab ke atas penyiaran rancangan tersebut pada lebih kurang pukul 10 pagi hari Jumaat. Bagaimanapun, pihak Astro masih gagal untuk menarik balik atau pembuat penyuntingan pada rancangan tersebut sehingga imej tersebut masih ditayangkan pada waktu petang hari yang sama. Mungkin alasan yang diberikan adalah masa terlalu singkat untuk membuat pengubahsuaian namun ia tidak cukup kukuh memandangkan keburukan yang didatangkan adalah cukup besar. Pihak Astro sepatutnya meletakkan tanggungjawab sosial mereka lebih tinggi berbanding tambahan kerja yang mungkin perlu mereka lakukan. Tambahan pula, pegawai terbabit seperti sudah mengetahui tentang gambar tersebut sehingga sempat menanyakan “gambar perempuan yang pakai baju ‘transparent’?” Kalaulah pun benar dakwaan beliau itu, adakah perbezaan baju transparent dan tidak bebaju? Diharapkan agar pihak Astro lebih teliti dalam memlih kandungan rancangan mereka dan ibubapa sentiasa mengawasi rancangan yang ditonton oleh anak-anak mereka.

di petik dari http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=7909

Friday, June 4, 2010

Demo anti Israel anjuran BN & PR

Seramai 200 orang hadir dalam perhimpunan anti-Israel anjuran Pemuda BN di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini.

Berbeza dengan perhimpunan pembangkang yang dihadiri ribuan penyokong, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN dan wakil NGO.







Ramainya yang datang. Sungguh bangga ku rasakan


Sesikit 10ribu orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.

Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.

Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini.

Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.

Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut.











Kesian mat sabu tak ramai orang yg datang..

Thursday, June 3, 2010

Perkosa depan suami, anak

LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya. Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.
Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.
Difahamkan, empat penjenayah ‘iblis’ itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit.
Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama isteri dan seorang anak.
“Dua lagi anak yang tinggal di bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh mengancam nyawa mereka.
“Mangsa lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia menyimpan barangan kemas dan wang tunai,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.
Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik mangsa.
Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan.
“Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah,” katanya.
Bagaikan tidak puas hati dengan kenyataan mangsa, mangsa sekali dikejutkan dengan tindakan seorang daripada penjenayah terbabit apabila tergamak merogol isteri mangsa di depannya.
Lebih menyayat hati, seorang anak mangsa yang tidur bersama pasangan itu dipaksa melihat ibunya diperkosa perompak terbabit.
Katanya, si suami hanya mampu merayu kepada penjenayah terbabit namun rintihannya tidak diendahkan, malah isterinya tetap dirogol sambil disaksikan rakan jenayah lain yang ketawa seolah-olah melihat pertunjukan.
Puas dengan perilaku tidak berperikemanusiaan itu, keempat-empat warga Indonesia terbabit merampas kunci kenderaan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira itu.
Selang beberapa minit kemudian, mangsa melepaskan diri dengan bantuan dua anak lain sebelum melaporkan kejadian di balai polis berhampiran.
Difahamkan, tiga beranak terbabit turut mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini dan mereka kini trauma selepas terpaksa melalui peristiwa menyayat hati itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan kejadian yang menimpa lima beranak terbabit dan pada masa sama berjanji melakukan operasi besar-besaran bagi memberkas empat suspek terbabit.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan keempat-empat suspek bukan menetap secara langsung sekitar daerah ini dan disyaki melakukan jenayah secara berpindah-randah.
“Namun itu tidak membataskan tindakan kami untuk mengesan mereka.
“Kami akan bekerjasama dengan pasukan anggota penguat kuasa di seluruh negara dalam misi mengesan penjenayah terbabit supaya mereka didakwa di muka pengadilan dan dihukum atas kekejaman dilakukan,” katanya ketika dihubungi.
Pada masa sama, beliau menyeru orang awam yang menjadi saksi atau mempunyai maklumat kejadian itu supaya segera hadir di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Katanya, setakat ini, polis sudah menemui semula kenderaan milik mangsa yang dilarikan penjenayah terbabit dalam semak sekitar daerah ini, kira-kira 24 jam selepas kejadian itu dilaporkan.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan jenayah pecah rumah secara berkumpulan.
hmetro.com.my

Khas untuk peminat-peminat ikan keli


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal



Haram:
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



http://1.bp.blogspot.com/_3lFujhkqVnw/S8v5ysURAnI/AAAAAAAAAtM/TCgj9JRN6YI/s1600/Keli2.jpg


Halal:

(Ikan yang diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Tuesday, June 1, 2010

Warga palestin di Peralatkan Oleh PERKASA

Cubaan bunuh diri dalam demo anti-Israel

Akibat tidak dapat mengawal perasaan, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.

Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai ratusan NGO Melayu-Islam cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh orang ramai yang turut hadir.

Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan.

Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat.

Dia juga dilaporkan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk membantu siasatan.