Nuffnang

Thursday, September 24, 2009

Hasan Ali sokong (sayang) Khir Toyo























Hasan Ali sokong Khir Toyo
Datuk Seri Dr. Muhamad Khir Toyo tentu amat gumbira bila mana pendapatnya mendapat sokongan daripada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor dan merupakan Pesuruhjaya PAS negeri.

Khir Toyo telah mengesyorkan keanggotaan Selcat dirombak. Datuk Dr Hasan Ali juga turut berpendapat demikian.

Orang tidak marah kepada Khir Toyo bila mengemukakan pendapat tersebut kerana itu memang kerja pembangkang untuk menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kerajaan negeri Selangor. Tetapi orang sangat marah kepada Hasan Ali apabila dilihat seolah-olah menyokong saranan Khir Toyo tersebut.

Adakah kenyataan dua orang doktor ini terjadi secara kebetulan atau sengaja dirancang? Kalau ianya terjadi secara kebetulan, nampaknya fikrah dan naluri mereka ini nampaknya sealiran.

Kalau ianya sengaja dirancang, maknanya ini satu kerja komplot untuk mensabotaj usaha-usaha untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat menyifatkan, selaku anggota eksekutif yang turut terlibat dalam penubuhan Selcat tahun lalu, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri, tidak sepatutnya mempertikaikan badan itu secara terbuka dengan membelakangkan kepentingan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, "Apa pun isu ini tidak seharusnya dibangkitkan secara publik. Dengan bertindak sedemikian, ini sudah macam menafikan hak yang pada legislatif itu sendiri,"

Selain itu menurut beliau, dalam dunia sebenar tiada pihak yang disoal siasat oleh mana-mana jawatankuasa pernah atau akan gembira dengan cara dan prosedur siasatan dijalankan.

Oleh itu, ujar beliau, Hasan perlu memahami bahawa Selcat atau apa jua jawatankuasa sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, anggotanya adalah terdiri daripada wakil rakyat, bukannya orang luar.

"Jadi bagaimana anggota Selcat boleh dianggotai oleh orang luar, macam bekas hakim? Jika pun Hasan tidak bersetuju, beliau seharusnya membawa isu ini kepada mesyuarat Exco untuk dibincangkan secara lanjut.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengulas isu tersebut dengan berkata, "Beliau harus mencerminkan semangat berpasukan walaupun kita tidak gembira dengan keputusan-keputusan yang telah dibuat... bukannya membuat keputusan sendiri tanpa perbincangan, tidak sewajarnya membuat kenyataan seumpama itu di khalayak umum,"

Dalam laporan terbaru, Dr Hasan menafikan beliau pernah mencadangkan agar keanggotaan Selcat dirombak dan dilantik daripada kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan.

“Apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Diraja demi memelihara kehormatan institusi Selcat itu sendiri," katanya.

Anggota Selcat terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim merupakan Pengerusinya.
ctr+c & ctr+v from :http://alhusseyn51.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment